1.0 Data
Pada hari ini, masa pertama dan masa ke-2 adalah waktu Matematik Tambahan Tingkatan 4B. Ini kali ke-2 saya masuk ke kelas ini. Saya hanya menyambung topik yang lepas. Kali ini saya dapati minat murid-murid untuk mengikuti sessi pengajaran dan pembelajaran sangat baik. Mereka mula bertanya jika tidak faham dan memberikan respon apabila ditanya. Kebetulan mulai 15.07.2008 hingga 18.07.2008 merupakan minggu Ujian Bulan ke-3 bagi tingkatan-tingkatan 1,2,4, 6 Bawah dan 6 Atas.
Masa ke-6 dan ke-8 adalah waktu Matematik Tingkatan 3C. Ini adalah kali pertama saya masuk ke kelas ini. Setibanya di kelas tersebut, saya dapati tiada murid di dalamnya. Setelah menunggu hampir 5 minit baru mereka muncul. Saya dimaklumkan mereka dari Makmal Sains. Setelah memberi ucap selamat, saya menerangkan siapa saya dan tujuan saya ke sini. Respon daripada mereka boleh dikatan baik. Kebanyakkan daripada mereka boleh menguasai matematik dengan baik.
1.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pada hari ini, saya mengumpul beberapa maklumat dan berbincang dengan EN. Ariffin berkenaan projek memasang 'Acess Point'. Saya juga mula menulis kertas cadangan untuk projek tersebut.
2.0 Perhubungkaitan dan Perasaan
2.1 Pengajaran dan Pembelajaran.
Bagi Tingkatan 4B walaupun murid-murid memberi respon yang baik, tapi mereka kurang serius dalam pelajaran. Perkara-perkara asas matematik seperti Persamaan Linear dan Pemfaktoran masih belum dikuasai dengan sepenuhnya.
Bagi Tingkatan 3C, juga sama iaitu mereka kurang serius terhadap pelajaran, kurang usaha sendiri hanya mengharapkan guru untuk memberi input.
2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kekangan untk melaksanakan projek memasang 'Acess Point' adalah masalah sumber kewangan. Saya berharap pihak sekolah dapat menampung kos projek ini.
3.0 Membuat interpretasi
Pada pandangan saya, dengan perancangan yang baik sesuatu sessi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Begitu juga dengan projek memasang "Acess Point", ini adalah untuk kemudahan warga sekolah bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran atau kegunaan individu.
4.0 Kesimpulan
Keseluruhan alhamdulilah saya dapat mengharungi satu lagi hari praktikum dan segalanya berjalan dengan baik. Hubungan dengan guru-guru pun boleh dikatakan bertambah mesra walaupun masih ada lagi yang bertanya siapa saya dan tujuan saya ke sini. Semoga hari esok juga dapat berjalan dengan baik, insyaAllah.
Sekian.
2 comments:
pergh...rajin oo
Jangan lupa....duit elaun buat beli majalah Chips.
Post a Comment