Tuesday, July 15, 2008

Artikel 4 (15/07/2008)

JURNAL REFLEKSI HARIAN

15.07.2008


1.0 Data

1.1 Pengajaran dan pembelajaran.

Hari ini jika mengikut jadual waktu, saya tiada kelas sepanjang hari. Kebetulan hari ini juga saya tidak mendapat 'relief'. Maka tiada sessi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.


1.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pada hari ini, saya meneruskan penulisan kertas cadangan untuk projek memasang 'Acess Point'. Disamping itu membantu En. Ariffin menginstall perisian "Glary Utilities" iaitu perisian penyelenggaraan komputer dan perisian "Driver Max" iaitu perisian mencari dan menyimpan driver yang terdapat di dalam sesebuah komputer, di dalam Bilik Akess. Sebenarnya ini adalah percubaan saya untuk menguji perisian ini sebelum saya memperkenalkan kepada guru-guru di sekolah ini.


2.0 Perhubungkaitan dan Perasaan

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak berlaku hari ini.

2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Percubaan saya unuk menguji perisian "Glary Utilities" dan "Driver Max" membuatkan hasil apabila ianya berjalan lancar. En. Ariffin mencadangkan kepada saya untuk menginstallkan perisian-perisian ini ke dalam komputer-komputer yang lain di dalam Bilik Akess. Kerja ini akan saya sambung pada hari esok.


3.0 Membuat interpretasi

Mencuba itu baik daripada tidak membuat apa-apa. Itu yang saya lakukan hari ini.

4.0 Kesimpulan

Allhamdulillah hari ini segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Semoga hari esok pun begitu juga, insayaAllah.

Sekian.

6 comments:

RASDI HAMID said...

Thank 4 ur comment... Memang boring kalau dok sorang2 ni. Aku nasib baik bertiga. Boleh bawa2 berbincang.

mustaffar said...

Mungkin boleh difikirkan bagaimana penggunaan makmal komputer atau pusat akses dalam p&p.

Blog saya:

http://mengoogle.blogspot.com

RASDI HAMID said...

Salam. Glary Utilities tu untuk apa. Nampak cam menarik. Hantar mai la... Nak try gak.

Lembaga Pengawas said...

Glary Utilities tu apa. Movie baruke... Wah! Crita baru,jangan simpan sorang-sorang,sebar2kan dalam youtube

sugu said...

Cikgu sudin .....
wah... refleksi harian guna format refleksi mingguan. Goodlah..

Md Abu said...

a,kum din,

wah hebatlah refleksi demo.
tak terfikir lak nak buat cam demo..

kalau ada apa-apa nak tanya pasal rangkaian .. insyaallah kawan boleh tolong...

kalau dapat nak minta tolong cam mana nak buat kertas kerja Program dalam untuk guru-guru