16.07.2008
1.0 Data
1.1 Pengajaran dan pembelajaran.
Hari ini dapat relief 3 waktu, 2 waktu Tingkatan 1A dan 1 waktu Tingkatan 1KAA. Minggu ini ada Ujian Bulanan ke-3, jadi masuk kelas mengurus dan mengawas ujian saja. Rileks sikit.
1.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sebab hari ini dapat relief, maka tak banyak kerja TMK yang saya buat. Sambung kerja semalam sikit.
2.0 Perhubungkaitan dan Perasaan
2.1 Pengajaran dan Pembelajaran.
Mengawas ujian sedikit membosankan, sebab tak boleh buat kerja lain, takut murid-murid meniru. Tapi dah jadi tanggungjawab.
2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sedikit kesal kerana tidak dapat buat banyak perkara untuk TMK. Saya bercadang untuk siapkan installasi perisian-perisian semalam tapi tidak menjadi.
3.0 Membuat interpretasi
Kita hanya merancang Tuhan saja yang menentukan.
4.0 Kesimpulan
Allhamdulillah, hari saya dapat harungi dengan baik walaupun apa yang dirancang tidak semua dapat dilakukan. InsyaAllah esok akan dilalui dengan tenang.
Sekian.
8 comments:
Aku dah beli majalah Chips semalam.
Kita hanya merancang Tuhan saja yang menentukan. Hehe.. tu ayat yang paling power. Cakap je yang tu habis cite, kih..kih.. Ko jangan lupa bawa software tu bila balik maktab nanti ok.
singgah sebentar....
rileks bro....masa masih panjang, maktab masih jauh. Cuti makin dekat.
Mengapa tidak ada perbincangan profesional yang berkaitan dengan praktikum. Berkongsi pengalaman mengintegrasikan ICT dalam p&p.
Malanglah jika anda tidak memanfaatkan kesempatan yang berharga ini.
Saya nak lihat perkara ini diperbaiki dengan segera. TK
Helo kawan, apa citer....projek wireless dah on ke belum!
Asslamualaikum....
Apa citer lama tak dengau khabau...
macam merajuk je....
tq.
hello...bro, bangun..bangun...
beli modem mahal2 takkan simpan dalam muzium
Post a Comment